Ahad, 4 Disember 2011

Tok Cha nak buat teka teki percuma , ya memang percuma! tak perlu bayar sesen pun. Bolehlah ambil simpan untuk modal buka sembang dengan kaki sembang . Ooop cup! minta maaf tak usah sembang dengan kaki.lah. Guna lidah yang beradab dan beretika , jangan sampai ada orang berkecil hati. Kalau terlepas kata, hendaklah cepat- cepat-cepat minta maaf.   Teka teki itu mudah sahaja:
  • Pertama anda pernah solat berjamaah? di surau atau di Masjid .Anda  berdiri di hadapan, saf  pertama tentulah anda mengadap ke hadapan sama seperti imam yang mengadap ke hadapan ke arah Kiblat . Itu saf pertama semuanya mengadap ke hadapan. Tetapi anda sedarkah ? anda terperasankah jemaah yang dibelakang anda sedang mengadap ke belakang. Bila anda sedar semua ahli jemaah dibelakang itu dari saf kedua sampai saf dibelakang lagi semunya mengadap ke belakang. Dan kalau anda pun  berdiri solat di Saf kedua dan di belakang lagi, anda pun terpaksa mengadap ke belakang. 
  • Soalannya : mengapa demikian?